Matlamat...

Persatuan Ikatan Mahasiswa Dinamis (IMAN), UiTM Kedah ialah persatuan yang membawa objektif mrnyuburkan nilai-nilai islam dan melahirkan biah Solehah di Bumi tarbiyah serta ingin melahirkan mahasiswa/i yang berpegang teguh dengan islam dan bersandarkan kepada akidah yg satu. "Ke arah kemantapan sahsiah dan rohani"

Kata-kata...

"Marilah kawan mari kita kobarkan, Di tangan kita tergenggam arah agama dan bangsa, Marilah kawan mari kita nyanyikan, Sebuah lagu tentang pembebasan tanpa pendustaan! Tiada yang tidak berubah kecuali PERUBAHAN itu sendiri!"

Anak Muda Tunjang Utama Peristiwa Hijratul Rasul

Kedatangan tahun Hijrah 1433 pastinya disambut meriah di Malaysia. Pelbagai program telah diatur oleh pihak masjid, badan-badan kerajaan, swasta dan juga pihak kerajaan bagi meraikan hari kebesaran Islam ini.

Hakikatnya, di dalam Islam, Tahun Baru Hijrah bukan sekadar perayaan atau simbolik semata-mata bahkan mempunyai signifikan yang besar kepada ummatnya khususnya belia (anak muda).

Unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010 mendapati jumlah belia berumur 15 hingga 39 tahun ialah seramai 11,614,735 orang. Ia mewakili 43 peratus daripada jumlah penduduk di Malaysia.

Hijrah telah menunjukkan kepentingan dan keberkesanan peranan dan sumbangan golongan anak muda dalam sesuatu usaha. Apabila golongan anak muda menggunakan potensi akal dan kekuatan untuk tujuan kebaikan, sebesar mana perancangan sekalipun akan dapat menjadi realiti.

Dari peristiwa Hijratul Rasul, dapat diambil beberapa pengajaran yang penting dan berguna buat generasi anak muda kini. Antaranya ialah sikap optimis Saidina Ali. Atas dasar kecintaan dan keyakinan kepada janji Nabi SAW, beliau sanggup menggantikan baginda di tempat tidur baginda.

Beliau tidak gentar akan risiko cubaan membunuh Baginda SAW oleh pihak Quraisy kerana beliau optimis terhadap arahan Baginda SAW.

Ketika itu, Baginda SAW berkata kepada Saidina Ali bin Abi Talib: “Tidurlah di atas tempat tidurku, berselimutlah dengan selimut al-Hadrami yang berwarna hijau ini. Mereka tidak akan dapat melakukan apa-apa yang buruk terhadapmu.”

Antara ikon anak muda yang menonjol dalam peristiwa Hijratul Rasul ini juga adalah Abdullah bin Abu Bakar.

Dalam tempoh 3 hari persembunyian Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar di Gua Thur, mereka berdua dibantu oleh Abdullah bin Abu Bakar yang bertugas sebagai perisik untuk membekalkan maklumat kepada baginda mengenai perancangan orang Quraisy Mekah. Beliau akan keluar seawal waktu sahur dan akan pulang ke Gua Thur setelah larut malam.

Sesuatu yang menarik pada Hijratul Rasul, terselit juga dalam lipatan sejarah mengenai sosok wanita yang begitu berjasa kepada Rasulullah dan Saidina Abu Bakar.

Beliau adalah Asma’ Binti Abu Bakar, anak kepada Saidina Abu Bakar. Dalam peristiwa hijrah ini, keberanian luar biasa Asma’ terserlah tatkala beliau memastikan bekalan makanan sampai kepada ayahnya dan Baginda SAW di saat nyawa mereka beruda diancam oleh pihak Quraisy.

Asma’ mengembala kambing di belakangnya sepanjang perjalanan menghantar makanan kepada Rasulullah dan Abu Bakar dengan tujuan jejaknya akan terhapus oleh kambing yang digembalanya.

Di samping itu, sumbangan Amir bin Fuhairah juga tidak dikesampingkan. Beliau diarahkan untuk membawa kambing-kambing gembalaannya di sekitar Gua Thur untuk menghilangkan kesan-kesan tapak kaki Abdullah bin Abu Bakar dan Asma’ Binti Abu Bakar yang sentiasa berulang-alik antara Mekah-Gua Thur.

Memetik tulisan Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di dalam bukunya “Hijratul Rasul: Iktibar dan Hikmah”, beliau ada menyebut, “Demikianlah kalau kita perhatikan mereka yang bersama sebilangan besar adalah remaja (anak muda). Mereka tidak membuang masa dengan perkara yang membuang masa.”

Mujasyi’ bin Mas’ud al-Sulami berkata, “Aku pernah menemui Nabi SAW untuk berbai’ah kepadanya atas Hijrah. Baginda bersabda, “Sesungguhnya Hijrah telah berlalu, akan tetapi berbai’ahlah atas Islam, jihad dan kebaikan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Imam an-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyebut, “Hijrah yang paling mulia telah dilakukan oleh sahabat-sahabat Baginda Rasulullah, maka Rasulullah mengingatkan kepada kita agar terus melakukan ketaatan kepada agama Islam, melakukan jihad, dan seluruh amalan kebaikan, dan Baginda bermaksud : Aku menyeru kepadamu agar melakukan perkara-perkara (kebaikan) ini”

Apa yang pasti, tiada lagi hijrah selepas Hijratul Rasul. Namun, tidak mustahil untuk gerakan anak muda masa kini melakukan ‘hijrah’ dalam usaha melahirkan ikon seperti Saidina Ali bin Abi Talib, Asma’ binti Abu Bakar, Abdullah bin Abu Bakar mahupun Amir bin Fuhairah.

Hijrah membuktikan anak muda mampu menyumbang untuk agama dan pastinya untuk Negara.

Sewajarnya semua pihak perlu menyedari bahawa jatuh bangun agama, tamadun serta identiti negara banyak bergantung kepada potensi anak muda. Bersama idealisme, intelektualisme dan aktivisme yang ada pada mereka, sejarah dunia juga mampu dirubah. Usah diperkecilkan suara anak muda!

Firman Allah, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Surah Al-Baqarah: 218).
»»  READMORE...

Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat

Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan:

J = mc x tetha

J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.

m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.

c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.

tetha ialah perubahan suhu.



Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)


Abstrak/Pengenalan

Dalam kajian ini, “eksperimen” dilakukan ke atas 3 jenis wanita:
wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah,
wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat
wanita C-wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.


Tujuan

Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.


Hipotesis

Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.


Inferens

Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.


Pembolehubah manipulasi

c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan.

Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas daripada suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya “mengurung” wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?

Pembolehubah malar

m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.

tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).


Pembolehubah bergerakbalas

J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.

Kaedah
1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.

2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.

3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.

4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki:
Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baikLelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.


Pemerhatian

1) Wanita A kelihatan merendah diri, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.

2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.

3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.

4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.


Kesimpulan


Daripada eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi: J = mc x tetha.
Oleh itu, hipotesis diterima.


Mengkaji Fizik melalui perspektif Islam


Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam, individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah saintifik dan empirik adalah salah satu cara yang sesuai kerana tak semua daripada mereka akan menerima jika menyampaikan melalui ilmu Tauhid. Masalah berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat berubah iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan belajar untuk mencari ilmu. Adalah menghampakan situasi yang sama berlaku pada mereka yang mengambil jurusan agama dan mereka yang menghafal kalam-kalam Allah. Jika perspektif ini berterusan, mereka tidak akan mampu untuk mengislamisasi ilmu yang dipelajari, melakukan integrasi antara ilmu duniawi dan ilmu Islam, menyampaikan ilmu pada peringkat antarabangsa agar mesej Islam sampai ke serata tempat seterusnya mencapai kecemerlangan menyeluruh.


Seperti yang tertera dalam misi UIA iaitu Triple ICE (Integrations, Islamizations, Internationalizations dan Comprehensive Excellence), adakah pelajar UIA akan mencapai misi UIA andai masih lagi belajar untuk bekerja? Bukan untuk pelajar UIA sahaja, malah kepada pelajar institusi lain sekali. Tidak malukah kita kepada mereka yang bukan Islam mengkaji ilmu sains melalui al-Quran lantas memeluk Islam atas kesedaran? Di manakah perginya reputasi pelajar Islam yang cuba dipertahankan? Fikirkan
»»  READMORE...

10 PINTU

10 pintu syaitan di alam nyata

Pintu-pintu tersebut tidak boleh terbuka kecuali jika seseorang mengetahui pintu-pintu tadi. Syaitan tidak boleh terusir dari pintu tersebut kecuali jika seseorang mengetahui cara syaitan memasukinya.

Cara syaitan untuk masuk dan apa saja pintu-pintu tadi adalah sifat seorang hamba dan jumlahnya amatlah banyak.

Pada masa ini kami akan menunjukkan pintu-pintu tersebut yang merupakan pintu terbesar yang setan biasa memasukinya. Semoga Allah memberikan kita pemahaman dalam permasalah ini.

Pintu pertama:
Ini adalah pintu terbesar yang akan dimasuki syaitan iaitu hasad (dengki) dan tamak. Jika seseorang begitu tamak pada sesuatu, ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga orang seperti ini tidak lagi mengenal jalan baik atau buruk.

Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.

Pintu kedua:
Iaitu marah. Ketahuilah, marah dapat merosak akal. Jika akal lemah, pada masa itulah tentara syaitan akan melakukan serangan. Mereka akan mentertawakan manusia jika manusia terbawa amarah. Pada keadaan kita seperti ini, segeralah berwudhu kerana marah terjadi akibat hembusan api jahanam, padamkan dengan air wudhu.
Pintu ketiga:
Iaitu sangat suka menghias-hiasi tempat tinggal, pakaian dan segala perabot yang ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat rugi kerana umurnya hanya dihabiskan untuk tujuan ini.

Pintu keempat:
Iaitu kenyang kerana telah makan banyak makanan. Keadaan seperti ini akan menguatkan syahwat dan melemahkan untuk melakukan ketaatan pada Allah. Kerugian lainnya akan dia dapatkan nanti di akhirat.

Pintu kelima:
Iaitu tamak pada orang lain. Jika seseorang memiliki sifat seperti ini, maka dia akan berlebih-lebihan memuji orang tersebut padahal orang itu tidak memiliki sifat seperti yang ada pada pujiannya.

Akhirnya, dia akan mencari muka di hadapannya, tidak mahu memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan dan tidak mahu melarangnya dari kemungkaran.

Pinta keenam:
Iaitu sifat selalu tergesa-gesa dan tidak mahu bersabar untuk perlahan-lahan. Padahal terdapat sebuah hadits dari Anas, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari syaitan.” (Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shoghir mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Pintu ketujuh:

Iaitu cinta harta. Sifat seperti ini akan membuat berusaha mencari harta bagaimana pun caranya. Sifat ini akan membuat seseorang menjadi bakhil (kedekut), takut miskin dan tidak mahu melakukan kewajiban yang berkaitan dengan harta.

Pintu kelapan:
Iaitu mengajak orang awam supaya ta’ashub (fanatik) pada madzhab atau golongan tertentu, tidak mahu beramal selain dari yang diajarkan dalam madzhab atau golongannya.

Pintu kesembilan:
Iaitu mengajak orang awam untuk memikirkan hakIkat (kaifiyah) dzat dan sifat Allah yang sukar dicapai oleh akal mereka sehingga menjadikan mereka menjadi ragu dalam masalah paling penting dalam agama ini iaitu masalah aqidah.

Pintu kesepuluh:
Iaitu selalu berburuk sangka terhadap muslim lainnya. Jika seseorang selalu berburuk sangka (bersu’uzhon) pada muslim lainnya, pasti dia akan selalu merendahkannya dan selalu merasa lebih baik darinya.

Seharusnya seorang mukmin selalu mencari udzur dari saudaranya. Berbeza dengan orang munafik yang selalu mencari-cari ‘aib orang lain.

Semoga kita dapat mengetahui pintu-pintu ini dan semoga kita diberi taufik oleh Allah untuk menjauhinya.
»»  READMORE...

Sejarah Kita

Manusia itu seperti logam.

Daripada Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda (maksudnya):
'Manusia itu seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyah, terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham'

Kunci kata terpenting di sini adalah FAHAM. Manusia itu, sekiranya semasa jahiliyah dia sangat hebat, maka sekiranya dia Islam, maka dia juga akan menjadi Muslim yang terbilang, tetapi syaratnya dia haruslah FAHAM. Sebagai contoh, Khalid Al-Walid sebelum Islam adalah seorang panglima tentera yang sangat hebat, malah dengan kecerdikan serta ketangkasannya, hampir2 dapat melumpuhkan pasukan tentera Muslimin dalam Perang Uhud. Namun, setelah beliau Islam, dan dikurniakan Allah FAHAM yang sebenarnya, tidak ada satu peperangan dalam Islam yang diketuainya, melainkan semuanya menemui kejayaan dan kegemilangan.

Kebaikan sebenar = FAHAM AD-DEEN

Daripada Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda (maksudnya):
'Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Deen'

Jelas dalam hadith ini, KEBAIKAN yang disangka manusia berupa harta benda, anak pinak atau gulungan ijazah serta pangkat dan kedudukan, bukanlah KEBAIKAN sebenarnya. KEBAIKAN sebenarnya, yang Allah muliakan manusia dengannya ialah KEFAHAMAN akan AD-DEEN (cara hidup).

Apakah itu AD-DEEN bagi kita yang bergelar Muslim? Itulah cara hidup ISLAM yang digariskan melalui Quran dan Sunnah RasulNya.

Faham ISLAM (AD-DEEN) vs faham HUKUM FIQH (sahaja)

Yang dituntut kepada setiap Muslim adalah memahami Islam itu sendiri, gambarannya (tasawwur) dan aplikasinya pada seluruh aspek kehidupan, bukannya kefahaman mendalam dalam Hukum Fiqh tanpa aplikasi yang benar kepada kehidupan. Buktinya, mereka yang memahami Islam akan mengAMALkan semua aspek Islam, tetapi yang tidak memahaminya, boleh jadi pandai berhujah dalam hukum2 Fiqh atau cabang2 Ilmu Islam, tetapi kehidupannya tidak berdasarkan Islam seluruhnya. Sebab tu tak pelik kenapa graduasi aliran lain (selain agama) kadang2 lebih FAHAM Islam daripada graduasi aliran agama sendiri (fakta yang pahit).

Seperti contoh: Sumayyah R.A yang merupakan syuhadah pertama dijanjikan syurga bersama suaminya adalah orang yang memahami Islam (Ad-Deen) secara keseluruhannya sehingga sanggup mati kerana Islam. Sumayyah tidak sempat mengamalkan solat 5 waktu, berpuasa, haji dan sebagainya, tetapi ketinggiaan Imannya melebihi umat hari ini yang menunaikan semua ibadah2 ini...Kerana apa?Kerana Sumayyah memiliki 'Faqihu fi Deen' @ FAHAM akan Islam yang sebenarnya.



Faham dengan HATI atau AKAL?

Surah Al-A'raf: 179, Allah berfirman yang bermaksud:
'Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai (hati) tetapi tidak mahu memahami dengannya (ayat2 Allah)....'

Jadi, untuk faham Pharmacology atau Anatomy kita gunakan akal, tapi jangan tersilap cuba memahami Islam dengan akal...kerana Islam ini yang berlandaskan Al-Quran, hanya bisa difahami sebenar2nya dengan HATI..

Kena faham apa untuk faham Islam Ad-Deen?

Iaitu kenalah memahami 2 tujuan hidup (atau kenapa kita diciptakan di dunia ni):

1) Untuk beribadah kepada Allah (Surah Az-Dzariyat: 56)
'Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu....'

2) Sebagai khalifah Allah (Surah Al-Baqarah: 30)
'Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi...'

So sekarang dah tahu tujuan, NAK KE MANA?
Nanti dulu, belum boleh ke mana2 selagi tak kenal 2 perkara lagi:

1) Siapa KITA?
Terpulang pada definisi masing2, kalau kita katakan kita pelajar, maka dapat difahami kehidupan adalah:
tadika --> sekolah rendah --> sekolah menengah --> University. Tamat.
(macam sangat singkat jek hidup kita?)

Tapi, kalau kita katakan kita MUSLIM, kehidupan kita bersambung terus dengan TUHAN yang menciptakan kita dan daripada penciptaan manusia pertama, Nabi Adam A.S. dan akan berterusan sehinggalah kepada destinasi akhir kita iaitu di Hari Akhirat..

2) Apa SEJARAH KITA?
Sejarah, atau kronologi kehidupan, boleh juga didefinisikan sebagai sesuatu yang telah berlalu dan juga ketetapan Allah (Sunnatullah).

'Sunnatullah (ketetapan Allah) telah berlaku sejak dahulu lagi dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bg cara dan peraturan Allah itu' (Surah Al-Fath: 23)

Bak kata orang 'Sejarah mungkin berulang'...sememangnya itu benar, sekiranya kita benar2 mengkaji sejarah, tidak mustahil untuk kita mengulangi sejarah, kerana Allah S.W.T telah menggariskan ketetapan dan juga pengajaran2 dalam kronologi kehidupan manusia sejak dahulu lagi, supaya manusia belajar dari sejarah dan juga kesilapan yang telah berlalu....

Taken from Pearls of the South
»»  READMORE...

Sesungguhnya Diam itu lebih baik bagimu...

Suatu hari seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata, "Ya Rasulullah! Sungguh si fulanah itu terkenal banyak sembahyang, puasa, dan sedekahnya. Akan tetapi juga terkenal jahat lidahnya terhadap tetangga-tetangganya. ". Maka berkatalah Rasulullah SAW kepadanya, "Sungguh ia termasuk ahli neraka".

Kemudian lelaki itu berkata lagi, "Kalau si fulanah yang satu lagi terkenal sedikit sembahyang, puasa dan sedekahnya, akan tetapi ia tidak pernah menyakiti tetangganya." Maka Rasulullah SAW berkata, " Sungguh ia termasuk ahli syurga . "(HR.Muslim) .

Kisah dalam hadis tersebut memberi pelajaran akan bahaya lidah. Betapa jika tidak dikawal iman, lidah boleh menjerumuskan ke dalam neraka. Walaupun seseorang itu ahli ibadah, banyak solat, puasa, akan tetapi apabila tidak mampu menjaga lidahnya dari memfitnah, berbohong dan hasad - amalannya tersebut sia-sia.

Oleh sebab itu, lidah boleh menjadi media taat kepada Allah, dan boleh pula untuk memuaskan hawa nafsu. Lidah boleh digunakan untuk membaca al-Quran, hadis dan menasihati, lidah juga berubah seperti layaknya penyalaan api. Memfitnah, bersaksi palsu, ghibah, namimah, dan memecah belah umat. Jika seperti ini seberapa banyak pun ibadah kita tak ada gunanya, semuanya gugur gara-gara lidah yang lancang.

Rasulullah SAW memberi amaran, bahawa bahaya lidah adalah salah satu perkara yang paling beliau khuatirkan. Sebabnya, semua amal akan berguguran jika lidah kita jahat. Suatu kali salah seorang sahabat Sufyan al-Thaqafi bertanya kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, katakan kepadaku tentang satu perkara yang aku akan berpegang dengannya!" Beliau menjawab: "Katakanlah,` Tuhanku adalah Allah `, lalu istiqomahlah". Aku berkata: " Wahai Rasulullah, apakah yang paling anda khuatirkan atasku? ". Beliau memegang lidah beliau sendiri, lalu bersabda:" Ini . " (HR Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Antara kejahatan lidah adalah lidah yang banyak bicara dengan kebatilan. Jenayah lidah memang boleh setajam pedang. Jika kita tidak berhati-hati menggunakannya, maka ketajamannya boleh menumpahkan darah, sebagaimana pedang menusuk tubuh manusia. Boleh juga lidah itu menjadikan 'api' yang membakar semakin besar.

Imam Abu 'Ali Ad-Daqqaq pernah mengatakan: "Orang yang berbicara dengan kebatilan adalah syaitan yang berbicara, sedangkan orang yang diam dari kebenaran adalah syaitan yang bisu."

Gara-gara lidah, seseorang terjebak masuk ke neraka. Menjadi hamba yang rugi, sebab pahala orang yang berdosa kerana kerosakan lidah akan dihadiahkan kepada orang yang dizalimi. Gara-gara lidah yang jahat kita boleh menjadi hamba yang muflis (muflis).

Rasulullah SAW bersabda: " Orang yang muflis di kalangan umatku ialah orang yang pada hari kiamat nanti datang membawa pahala solat, zakat dan puasa, namun di samping itu ia membawa dosa mencela, memaki, menuduh zina, memakan harta dengan cara yang tidak benar, menumpahkan darah, dan memukul orang lain . "(HR.Muslim)

Oleh sebab itu, jika kita tidak tahu terhadap suatu persoalan sebaiknya diam terlebih dahulu sebelum mendapatkan jawapan dari ahlu dzikri (orang yang ahli/mengetahui). Jika tidak, ucapan kita yang tidak berdasarkan ilmu itu boleh menyesatkan.

Rasulullah SAW bersabda: " Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata yang baik atau diam . "(HR. Bukhari Muslim).

Lebih baik diam jika dihadapkan terhadap persoalan yang belum kita ketahui. Firman Allah SWT : "Janganlah kamu bersikap terhadap sesuatu yang kamu tidak ketahui." (QS al-Isra ': 36).

"Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku di akhirat nanti adalah orang yang paling jelek akhlaknya, orang yang banyak bicara, orang yang bercakap dengan mulut yang dibuat-buat (mereka-reka cerita) dan orang yang sombong . "(Jami 'al-Shaghir).

Kesimpulannya, berhati-hatilah wahai saudara-saudari seIslamku, semoga Allah selamatkan lidah dan jari jemari kita daripada segala fitnah di luar sana. Amin.
Wallahu a'lam.

*Perkataan @ ucapan di zaman siber ini bolehlah disamakan juga dengan tulisan.


http://mufakkir-islami.blogspot.com/2011/04/kalau-tak-tahu-lebih-baik-diam.html
»»  READMORE...

JOM SERTAI: SEMINAR IBRAH PEMBUKAAN KONSTANTINOPEL 1453


Assalamualaikum...

Ikhwah Akhawat sekalian

One Heart Creative Solution (OHCS) dengan kerjasama Ibrah Paradigm Training & Consultancy akan menganjurkan sebuah seminar ilmiah bertajuk “Ibrah Pembukaan Konstantinopel 1453”. Seminar ini diadakan bersempena memperingati 558 tahun penawanan Kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fatih pada 29 Mei 1453 Masihi.

Berikut disertakan butiran program :
Tarikh     : 28 Mei 2011 (Sabtu)
Masa      : 9.00 pagi – 5.30 petang
Tempat   : Lecture Theatre 1, Kuliyyah of Engineering, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

Tujuan utama seminar ini dianjurkan adalah untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa dan masyarakat mengenai fakta-fakta sejarah mengenai tokoh muda negarawan Islam yang unggul dari sudut intelektual dan
spiritual iaitu Sultan Muhammad Al-Fatih, pembebas kota Konstantinopel pada usia 21 tahun dengan kepimpinan berkesannya terhadap 150,000 tentera Islam.

Seminar ini juga diharapkan memberikan kesedaran maksima kepada mahasiswa dan masyarakat mengenai kepentingan sistem pendidikan yang komprehensif mencakupi aspek intelektual, spiritual, dan emosional
yang menjadi faktor utama jatuh bangun sesebuah tamadun. Faktor-faktor menjayakan misi pembukaan Kota Konstantinopel akan menjadi kes studi penting seminar ini.


Untuk makluman saudara saudari semua, pengisian seminar ni perkahwinan antara intelektual dan santai.

1. Ucaptama perasmian oleh novelis Sultan Muhammad Al-Fateh, Pak Latip atau Tuan Abdul Latip Talib

2. Dua kertas kerja penting analisa sejarah dan pelajaran sejarah akan dibentangkan oleh Prof Redzuan Othman dan Ustaz Hasrizal Jamil

3. Persembahan Little Fatih oleh Khalifah Model School. Anak jemput adik-adik2 ni sebagai mesej kita mahu membina GENERASI Al-Fatih sejak dari kecil kerana itulah rahsia keunggulan Al-Fatih sendiri.

4. Insya-Allah, seminar ini juga akan memaparkan beberapa multimedia khas yang diperolehi secara khusus dari Muzium Panorama 1453 di Istanbul, Turki. Seminar ini juga akan diserikan dengan beberapa pameran-pameran penting bergambar sekitar peristiwa pembukaan dan mengenai Muhammad Al-Fatih sejak dari kecil hinggalah pada kewafatan baginda.

Alhamdulillah juga, seminar ini akan turut diseri dengan jualan buku Jejak Konstantinopel, sebuah tesis ilmiah oleh Tuan Abdul Hamid Latip mengenai percubaan percubaan menawan Konstantinopel sejak dari zaman
Muawiyah dan Abu Ayyub Al-Ansari lagi, kebetulan ia baru muncul di pasaran.

Sehubungan dengan itu, saudara saudari yang berhasrat untuk menyumbang bagi kejayaan dan kelancaran Seminar juga sangat-sangat dialukan berbuat sedemikian. Kami menjanjikan "win-win situation" kepada setiap
penyumbang.


Sumbangan  saudara saudari semua boleh dimasukkan ke akaun kami di Bank CIMB di nombor akaun 1219-0000959-10-2 atas nama IBRAH PARADIGM TRAINING & CONSULTANCY atau 164799039713 (Maybank) atas nama MUHAMAD SYAARI BIN AB. RAHMAN.


Moga dengan sumbangan itu, dapat kami menjayakan seminar ini seperti yang dirancang.


Terima kasih dan DAFTARLAH segera dengan saudari Nur Shahidat 013-3005476

Lihat poster yang dilampirkan untuk makluman lanjut.

Muhamad Syaari bin Ab. Rahman
Penulis Buku "Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh"
Pengarah,
Seminar Ibrah Pembukaan Konstantinopel 1453
2 Mei 2011
»»  READMORE...

Virus-Virus Ukhwah


"Kita sering mengaku ukhwah & Mahabbah , namun adakalanya kita terlupa bahawa ucapan itu lebih mudah dari perilaku , jom kita selami catatan mutiara yang digali oleh Akhi Azraai Ahmad mengenai ulasan buku Virus-Virus Ukhwah yang ditulis oleh Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah

 1. Ukhuwah adalah suatu NIKMAT yang diberikan oleh Allah SWT kepada umat Islam. "Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat itu, sebagai orang-orang yang bersaudara." (Ali 'Imran 3: 103)

2. Ukhuwah dan pertautan hati tak akan terikat tanpa perkenan izin oleh Allah SWT, hatta jika manusia membelanjakan segenap hartanya sekalipun.

"Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al Anfal 8:63)

3. Ganjaran orang-orang yang berukhuwah dan mencintai kerana Allah sangat besar. "Orang-orang yang saling mencintai demi keagungan-Ku akan diberikan padanya mimbar dari cahaya yang dicemburui oleh para Nabi dan syuhada.” (HR Ahmad)

 4. Namun, Ukhuwah yang terbentuk itupun kadang-kadang 'bisa' TERUNGKAI tatkala diserang virus-virusnya! Baiklah, berikut adalah tips-tips untuk MEROSAKKAN ukhuwah yang dapati daripada buku tersebut

  • Berbicaralah pada Saudaramu dengan Nada yang Tinggi dan Kasar "Dan lunakkanlah suaramu, sesungguhnya suara yang paling jelek adalah suara keledai" (Luqman 31: 19)
     
  • Jangan Mendengar dan Jangan Menghargai Pendapatnya 'Atha' (ulama Salaf) pernah mengatakan; "Ada orang yang memberitahuku tentang suatu hadith, padahal aku telah mengetahuinya sebelum dia dilahirkan lagi, namun kesopanannya mendorongku untuk tetap mendengarnya hingga selesai."
      
  • Selalulah Berbantahan dengannya walaupun Sekecil-kecil Perkara "Tiada kaum yang menjadi sesat setelah mendapat petunjuk kecuali kerana mereka suka saling berbantah-bantahan. " (HR Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
     
  • Kritiklah dengan Keras Sehingga Perasaannya Terluka. Dr Abdullah Al Kathir pernah menceritakan; "Semua orang menyukai siapa saja yang memperbetulkan kesalahannya tanpa melukai perasaannya." Seorang pensyarah sedang mempersiapkan bahan ceramah yang akan disampaikan di dalam sebuah forum. Namun, bahan yang berhasil disusun olehnya terlalu panjang dan 'detail' sehingga mungkin akan membosankan para pendengar. Dia pun meminta penilaian isterinya, "Bagaimana pendapatmu mengenai bahan ceramah ini?" Dengan penuh bijak si isteri menjawab: "Bahan ceramah ini lebih layak dan sangat baik jika menjadi artikel untuk sebuah majalah ilmiah yang mengkaji tema-tema spesifik." Isterinya secara berhikmah, mengkritik bahan itu terlalu panjang...
     
  • Tegurlah Kesalahannya di Depan Orang Lain (Lagi ramai lagi BAGUS!) Imam Syafi'i pernah bersyair, Nasihatilah diriku di kala aku sendiri Jangan kau nasihati aku di tengah keramaian Kerana nasihat di hadapan umum Adalah sebahagian dari penghinaan Yang tidak suka aku mendengarnya Jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku Maka jangan menyesal jika aku enggan menurutimu
     
  • Perbanyakkan 'Negative Thinking' kepadanya dan Jangan Maafkan Kesalahannya Fudhail bin 'Iyadh berkata, "Siapa mencari sahabat tanpa cacat, nescaya sepanjang hidupnya tidak mendapat sahabat." Hasan bin Wahb berkata: "Di antara hak-hak ukhuwah adalah memaafkan kesalahan sahabat dan terbuka atas segala kekurangannya."  
  • Jika ada Aib atau Rahsia yang Diketahui, Maka Sebarkanlah kepada Orang Ramai "Jika seseorang diberitahu oleh sahabatnya mengenai suatu hal, lalu ia pergi, maka hal tersebut telah menjadi amanah (rahsia yang mesti dijaga) baginya." (HR Daud, Tirmidzi dan Ahmad)
     
  • Mudahlah Untuk Berprangsangka yang Bukan-bukan Tentang Dirinya "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa" (Al Hujurat 49:12) Umar Al Khattab pernah berkata, "Janganlah berprasangka terhadap setiap ucapan yang keluar dari lisan saudaramu kecuali dengan prasangka yang baik, selama kamu masih mendapatkan celah kebaikan dalam ucapannya itu."
»»  READMORE...

Kisah Minggu Exam


Setiap dari kita pasti mempunyai pengalaman tersendiri sewaktu melalu minggu peperiksaan. Ada yang manis, ada pula yang kita tak dapat lupakan sehingga hari ini. Kita mudah kecewa bila kertas jawapan dihantar bersama ruang kosong yang ditinggalkan, sebab tak mampu nak jawab beberapa soalan. Tapi, bila ruang kosong pada kertas jawapan tu bukan kerana soalan susah tapi disebabkan satu silly mistake; TAK PERASAN dengan kewujudan soalan tu, segala perasaan dalam hati akan bercampur baur ; sedih, marah, kecewa, geram, semua ada. Semuanya berunsur negative belaka.

Saat ini, berbagai ketidakpuas hatian timbul dalam diri kita.

“Kenapa jadi macam ni? Kenapa boleh tak perasaan soalan tu? Tadi ada je masa lebih nak cek semula jawapan yang lain. Kalau tak mesti boleh jawab soalan tu.”

Perasaan ini juga, tidak terus berakhir di situ. Tapi selepas itu kita akan mula rasa tertekan, tiada mood nak study untuk subjek lain, malas nak jumpa orang, terasa ingin bersendirian menenangkan diri buat seketika. Disebabkan peristiwa yang satu itu, seluruh kehidupan kita akan terkena tempiasnya. Semua benda akan jadi serba tak kena.

Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini? Saya pasti, sebagai seorang pelajar kita takkan terlepas daripada mengalaminya. Inilah penyakit-penyakit yang akan timbul sepanjang minggu peperiksaan. Jiwa kacau, hilang selera makan, mandi pun cukup-cukup syarat, panas baran dan bermacam-macam lagi. Tapi, sebagai seorang Muslim, wajarkah kita bersifat demikian? Bagaimana pula cara terbaik menghadapinya?

Analisa kesalahan diri.

Mungkin semua ini berlaku sebab anda lupa bertawakal kepada Allah. Ya, anda boleh cakap,

“Mana ada, saya dah bertawakal pada Tuhan!”.

Tapi, adakah anda yakin yang anda MEMANG sudah bertawakal kepadaNya? Anda pasti? Tawakal adalah berserah diri sepenuhnya kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh. Maka secara automatiknya, tak salah jika saya cakap, kalau usaha anda hanya seperti menyeluk pekasam, tak sampai ke pangkal lengan, maka banyak mana pun anda cakap sudah bertawakal, tiada maknanya.

Boleh jadi, anda sudah penat lelah ulangkaji untuk suatu subjek. Anda stay up sampai awal pagi, setiap patah perkataan dalam nota dibaca entah berapa kali, setiap calculations diulang tak terkira banyaknya, sampai anda rasa macam dah tak tahu nak study apa lagi, sebab semua dah cover. Pendek kata, segala usaha sudah dilakukan dengan SANGAT bersungguh-sungguh! Maka ketika itu anda sangat yakin ke tahap over-confident hingga terdetik dalam hati, “Mesti boleh jawab soalan masa exam nanti, sebab kan dah study habis-habisan. Lagipun, rasanya subjek tu takdela susah sangat kot..”

Sayang sekali, setelah berpenat lelah, anda meletakkan perasaan yakin itu pada diri anda sendiri, atas usaha keras yang telah dilakukan, bukan padaNya. Maka, anda sememangnya lupa bertawakal pada Allah SWT.

Jujurlah ketika muhasabah. Allah tidak pernah menzalimi hambaNya. Kitalah yang menzalimi diri kita sendiri. Tak perlu nak protes atau stress tak tentu hala. Tiada siapa yang lebih layak untuk disalahkan melainkan diri kita sendiri. Cubalah untuk berlapang dada, akui kesilapan diri dan perbaikinya untuk masa akan datang.

Ini Kisah Saya

Berbalik kepada kisah di awal artikel ini, iaitu pengalaman saya sendiri ketika peperiksaan Semester 1, tahun ketiga di universiti. Disebabkan ‘tak perasan’, maka saya telah membiarkan soalan itu kosong tanpa jawapan walaupun masa masih ada. Dan ketika saya tersedar perkara itu, sebagai insan biasa yang lemah, memang saya tak dapat nak elak dari rasa kecewa, geram, sedih, marah dan sebagainya. Semua tindak balas itu memang lumrah seorang manusia ketika berhadapan dengan ujian, tak salah pun, tapi yang jadi masalah bila ia berlarutan dan mempengaruhi orang sekeliling. Saya akui masa itu saya sangat depressed! (mintak maaf kepada rakan-rakan yang terkena aura depression saya) Maka saya fikir-fikir semula kisah itu, dan cuba muhasabah diri.

“Siapa yang tutup pandangan saya , sampai boleh tak nampak soalan tu?”

“Siapa yang tentukan samada pada sekian hari, sekian exam, si pulan boleh jawab dengan baik atau dengan sangat teruk?”

Ya, semuanya dah tertulis. Jadi, segala kemarahan tu akhirnya ditujukan kepada siapa sebenarnya?

“Astaghfirullahalazim.. kenapalah penyakit hati tu dibiarkan lama menguasai diri.”

Belajar dari kesilapan

Salah satu rahsia kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh dalam usaha menawan Kota Constantinople adalah, beliau mengkaji punca-punca kegagalan panglima-panglima Islam sebelum beliau yang telah banyak kali mencuba tapi masih gagal menawan kota itu. Namun, kejayaan itu pun hanya berjaya dikecapi, setelah hampir 800tahun lamanya, semenjak Rasulullah s.a.w. berkata bahawa suatu hari nanti kota itu pasti akan jatuh ke tangan umat Islam. Lama bukan? Itulah sunnatullahnya. Kejayaan tidak datang bergolek.

Kegagalan bukan satu pengakhiran tapi permulaan kepada jalan menuju kejayaan. Kalau 7 kali kita jatuh maka kita kena bangun 8 kali. Apa yang saya nak sampaikan adalah belajarlah dari kesilapan dan jangan mudah berputus asa dengan rahmat Allah s.w.t.

Bila dah habis exam, walau apapun results yang keluar nanti, yakinlah bahawa itu lah yang paling layak untuk anda. Bak kata cikgu Fizik saya masa form4 dulu; You deserve it! Baik atau buruk, itulah hasil yang terbaik untuk anda. Terimalah dengan hati yang terbuka, walaupun mungkin hakikat itu agak pahit untuk ditelan. Jadikan itu titik tolak untuk kita bangun semula, dan perbaiki mana yang kurang untuk peperiksaan yang mendatang.

Kepada anda yang sedang berada dalam minggu peperiksaan, all the best! Jangan lupa usaha, tawakal dan doa. Moga segala urusan dipermudahkan Allah, InsyaAllah.
»»  READMORE...

Mahasiswa dan Budaya Membaca

Satu ketika dahulu tokoh terkenal dari Perancis, Napoleon Bonaparte pernah berkata; “read, you will conquer the world.” Kata-kata ini terpacul keluar dari mulut seorang individu yang hidup pada era imperialisme dan peperangan di seluruh dunia. Beliau melihat bahawa kunci untuk menguasai dunia ialah melalui budaya membaca. 14 abad sebelum itu, nabi besar kita Muhammad saw telah menerima arahan ‘iqra’ sebagai wahyu yang pertama daripada Allah swt. Arahan ini cukup besar signifikannya buat manusia yang mahu meningkatkan potensi diri sebagai seorang muslim yang luar biasa hebat.

Apabila kita menelusuri sejarah, kita pasti akan menemui kisah para ilmuan terdahulu yang menjadikan amalan membaca dan mengkaji sebagai si jantung hati. Sebagai contoh,Imam Syafie yang terkenal sebagai individu yang rajin membaca sehinggakan kitab al Muwatto’ karangan Imam Malik dihafalnya dari kulit ke kulit. Bahkan tercatat kisah salah seorang ilmuan Islam pada satu zaman yang meninggal dunia di dalam perpustakaan dek kerana dihempap buku-buku yang terjatuh dari rak di hadapannya. Bagi mereka, waktu merehatkan minda ialah dengan membuka kitab-kitab dari pelbagai segmen bidang ilmu sama ada berbentuk fardhu ain ataupun fardhu kifayah.

Para sejarahwan sama ada yang beragama Islam ataupun bukan Islam bersepakat bahawa zaman pemerintahan Khilafah Abbasiyyah merupakan antara tamadun yang meletakkan Islam di tempat yang selayaknya. Setelah diteliti, didapati bahawa sebab primer lahirnya zaman tersebut ialah budaya ilmu yang sungguh luar biasa dipraktikkan. Gerakan penterjemahan yang begitu hebat dalam pelbagai bidang ilmu ke dalam bahasa Arab berlaku dan disokong oleh pemerintah pada zaman itu. Ilmu-ilmu itu juga telah diIslamkan dengan berteraskan prinsip akidah Islamiyyah. Dalam masa yang sama, Barat pada waktu itu masih lagi berada pada zaman gelap.

Mahasiswa dan Budaya Membaca

Dalam agenda menegakkan kembali tamadun Islam yang bersifat rahmatan lil alamin, maka golongan yang melibatkan diri dalam keilmuan sewajarnya menggiatkan amalan membaca dan mengkaji sebagaimana dipraktikkan oleh individu-individu hebat seluruh dunia. Mahasiswa juga termasuk dalam kalangan arkitek yang bertanggungjawab dalam agenda murni ini.

Menurut Datuk Noh Omar, berdasarkan satu kajian, jumlah buku yang dibaca oleh para pelajar selama tiga tahun pengajian ialah:
- Australia ialah 180 buah
- Indonesia (94 buah)
- India (130 buah)
- Thailand (56 buah)
- Brunei (26 buah)
- Malaysia 12 buah buku

Manakala jumlah buku yang dibeli oleh pelajar untuk tiga tahun pengajian (enam semester) ialah sebagaimana berikut;
- Australia ialah 160 buah
- Indonesia (43 buah)
- Thailand (31 buah)
- India (75 buah)
- Brunei (15 buah)
- Malaysia 4 buah

Nah, kita boleh melihat betapa kita sedang ketinggalan jauh di belakang para pelajar dari negara lain. Keadaan ini berlawanan sekali dengan slogan-slogan yang sering dilaungkan. Lebih mengecewakan apabila majalah-majalah yang mengetengahkan subjek-subjek picisan seperti hiburan dan tahyul menjadi pilihan utama segelintir pelajar. Hal ini jauh bertentangan dengan konsep intelektualisme yang sepatutnya terpahat di minda para pelajar.

Menurut Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, Pensyarah Usuludin dan Perbandingan Agama di UIAM yang juga merupakan anak didik Prof Syed Naqib al-Attas, soal disiplin pembacaan buku mesti tinggi jika benar mahasiswa mahu mendaulatkan tradisi "aktivis intelek" dalam rentak tari politiking mereka. Katanya lagi, 30 minit dalam satu hari sebelum tidur sudah memadai.

Persoalannya, apakah status kita pada ketika ini? Amat berlawanan dengan misi besar kita sekiranya budaya membaca ini masih lemah dipraktikkan lebih-lebih lagi buat huffaz yang bercita-cita menyahut cabaran sebagai ‘generasi al Quran yang unik’ sebagaimana dinyatakan oleh almarhum Syed Qutb rahimahullah.

Intelektualisme memacu gelombang perubahan

Abad ke 20 menyaksikan pelbagai revolusi sosial yang unik. Antara keunikan tersebut ialah penglibatan kumpulan anak-anak muda yang berstatus mahasiswa untuk melakukan perubahan. Fenomena ini bersifat global apabila beberapa tempat yang berbeza iklim dan budaya menjadi saksi kesungguhan mereka untuk bergerak maju menuntut keadilan bersama-sama pejuang-pejuang yang lain.

Antara contoh perjuangan masyarakat yang ditunjangi mahasiswa ialah gerakan Mei 1968 di Perancis, revolusi islam Iran 1979 dan gerakan reformasi yang telah menjatuhkan Suharto pada 1998. Ternyata keberanian mereka menzahirkan naluri cintakan perubahan membawa hasil lumayan terhadap masa depan agama, bangsa dan negara.

 Justeru, bersiap siagalah dengan pelbagai persiapan terutamanya persiapan ilmu kerana orang-orang terdahulu sudah hampir tamat lariannya dan kitalah yang akan menerima ‘baton’ demi meneruskan satu misi suci. InsyaAllah dengan izin-Nya satu hari nanti golongan intelek yang terisi al Quran di dalam dadanya akan mewarisi bumi yang hampir kiamat ini. Ayuh, kita isytiharkan kepada mereka di luar sana, nantikan kemunculan kami!

»»  READMORE...

Perutusan Sempena Peperiksaan Akhir Semester

Assalamu’alaikum w.b.t

Kami IMAN UiTM Kedah mengharapkan sahabat-sahabat sekalian berada dalam keadaan sihat walafiat dan dalam redha Allah senantiasa. Insya’ Allah.Di kala ini penulisan ini dilakarkan, masing-masing akan menempuh arus peperiksaan yang bakal menyaksikan insan-insan yang huru-hara, bersengkang mata, tercari-cari nota dan juga ada yang hanya study biasa-biasa sahaja. Ini adalah tabiat biasa dalam fasa rutin setiap semester iaitu peperiksaan akhir semester.Oleh itu kami mengucapkan  
"Selamat Maju Jaya"  

kepada seluruh warga UiTM khususnya kampus UiTM Kedah. Semoga Allah permudahkan urusan kalian.
  Bittaufiq Wannajah~

Walaubagaimanapun,jangan lupa matlamat kita sebenarnya dalam menuntut ilmu ni.


MATLAMAT MENUNTUT ILMU

ILMU yang ada di dunia ini terlalu luas. Bidangnya mencakupi teori dan praktikal. Menguasai ilmu diakui oleh dunia kerana dengan ilmu manusia mampu membina kehidupannya melalui ekonomi, politik, pentadbiran dan sebagainya. Islam dan ilmu tidak dapat dipisahkan. Ini bertepatan dengan wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. yang berasaskan ilmu iaitu firman Allah yang bermaksud: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang mencipta (sekelian makhluk).” (Al-Alaq: 1)

Keperluan kepada ilmu sangat dititikberatkan oleh agama untuk kehidupan manusia. Satu hadis yang masyhur menyebut tentang keperluan ini. Sabda Rasulullah s.a.w., “Menuntut ilmu itu wajib (hukumnya) ke atas setiap muslim (lelaki dan perempuan).’’ Riwayat Ibnu Majah. Ilmu adalah keperluan asas kehidupan. Islam sendiri telah mengangkat darjat orang yang berilmu sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Quran, “Allah s.w.t. meninggikan darjat orang yang beriman di kalangan kamu (pengetahuan di kalangan kamu) beberapa darjat.” (al-Mujadalah: 11)

Sebagaimana dimaklumi, kategori ilmu dibahagikan kepada fardu ain dan fardu kifayah. Fardu ain yang memberi erti tuntutan syarak ke atas setiap mukalaf untuk melakukannya kecuali uzur yang diizinkan oleh syarak. Ia berhubung dengan akidah Islam. Yakin dan percaya kepada Allah, mengaku dan meyakini bahawa Allah sahaja yang layak disembah. Ia juga berhubung dengan ibadah dan cara perlaksanaan ibadat; akhlak mulia yang diajar oleh Islam.

Ilmu fardu kifayah pula ialah tuntutan syarak ke atas masyarakat atau jemaah. Ini bererti jika sebahagian anggota masyarakat melakukannya, terlepaslah tanggungan dosa ke atas keseluruhan anggota masyarakat. Selagi tuntutan fardu kifayah tidak dipenuhi maka keseluruhan anggota masyarakat akan berdosa. Ini termasuklah pecahan bidang yang luas seperti ilmu perubatan, kejuruteraan, pertanian, perniagaan, perundangan, sains dan teknologi, sosial, profesional, kemahiran dan sebagainya ilmu.
Dalam konteks masyarakat hari ini, kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan bagi memastikan warga negaranya menikmati peluang pendidikan. Ibu bapa mengharapkan agar anak-anak mereka mendapat pendidikan yang sempurna dengan wujudnya sekolah dan universiti.

Di sebalik kesibukan menuntut ilmu, peluang pekerjaan merupakan satu isu yang dikaitkan dengan ilmu. Kebanjiran graduan yang melebihi pasaran merupakan satu isu baru yang menjadi kebimbangan graduan dan masyarakat.

Tanggapan bahawa seorang berilmu mesti mendapat pekerjaan yang baik dan bergaji lumayan adalah tidak tepat. Ini kerana ilmu tanpa usaha tidak mampu membuahkan hasil. Oleh sebab itu beberapa aspek yang diajarkan dalam agama kepada penuntut ilmu perlu diambil kira.

Niat

Umumnya setiap manusia mempunyai niat yang berbeza dalam menuntut ilmu. Sebahagiannya berniat untuk mendapat ilmu manakala sebahagian yang lain berniat untuk mendapat pekerjaan, kepentingan, nama dan sebagainya. Mereka yang belajar untuk mendapat pekerjaan seperti yang diimpikan akan kecewa jika gagal mendapatkannya. Islam mengajarkan niat yang betul dan ikhlas dalam sesuatu perkara akan mencapai matlamatnya.

Memiliki ilmu pengetahuan sahaja tidak mencukupi malah seseorang hendaklah berusaha untuk merealisasikan ilmu yang ada pada dirinya kepada saluran yang berkaitan. Seseorang yang mempunyai ilmu undang-undang wajar berusaha bekerja di mahkamah, syarikat perundangan, membina syarikat guaman dan sebagainya. Begitu juga dengan pelajar jurusan yang lain. Mereka perlulah bijak memasang strategi serta usaha berterusan agar dapat menguasai bidang yang diceburinya itu. Apa yang sangat ditekankan oleh Islam apabila seseorang belajar ialah mereka mampu untuk menyempurnakan sebagaimana yang dipelajari dan difahaminya. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebencian di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” (al-Saff: 2 dan 3).

Selain itu perlu ada kesungguhan dalam menjalankan apa yang diusahakan. Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya Allah s.w.t. suka apabila sesiapa di antara kamu melakukan sesuatu kerja, dia melakukannya dengan bersungguh-sungguh.” Riwayat al-Baihaqi

Seseorang yang menuntut ilmu itu hendaklah bersungguh-sungguh dalam mencari ruang untuk merealisasikan kerjaya impiannya. Ini bermakna untuk mendapat pekerjaan, seseorang itu perlu berkorban masa, tenaga, wang ringgit sehingga terpaksa berpisah dengan sanak saudara.

Peluang yang ada di sekeliling terutama dalam dunia yang terbuka sememangnya banyak. Mereka perlu menerokainya untuk merealisasikannya. Perjalanan bagi seseorang penuntut ilmu tidak terhenti kepada ilmu yang dimiliki malahan minat dan usahanya.

Seiring dengan ilmu yang dimiliki dalam diri, setiap individu juga perlu memiliki semangat yang kental dan jati diri yang kuat dalam melawan anasir luar yang boleh menghalang matlamat penguasaan kerjaya dan ilmu. Mereka perlu memiliki daya saing walaupun terpaksa menempuh berbagai-bagai halangan. Mereka perlu bertanya dan menyelidiki peluang-peluang yang ada di sekeliling berdasarkan pengalaman orang lain yang telah berjaya. Memiliki ijazah tidak semestinya memiliki kejayaan dalam kehidupan dengan mudah sebagaimana kejayaan dalam pelajaran. Mereka perlu berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana mereka pernah bersungguh mendapatkan ilmu. Jangan sesekali berasa rendah diri dan malas untuk berusaha. Mereka memerlukan sokongan keluarga agar sama-sama berusaha mendoakan kejayaan dan tidak menekan perasaan mereka. Allah tidak akan sesekali mengubah nasib mereka jika mereka tidak mengubah nasib mereka. Bertepatan dengan peringatan al-Quran yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (ar-Ra’d: 11)

Kemahiran

Para pelajar juga perlu menguasai kemahiran-kemahiran semasa seperti ilmu teknologi maklumat (IT), pengucapan awam, berbahasa Inggeris serta pengetahuan umum tentang apa yang berlaku di dalam dan luar negara. Ia merupakan nilai tambah yang mampu memikat pihak majikan untuk menawarkan pekerjaan kepada mereka.

Allah menjelaskan betapa luasnya ilmu yang terdapat di muka bumi ini sebagaimana firman-Nya yang bermaksud, “Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena dan segala lautan (menjadi tinta) dengan ditambah lagi tujuh lautan sesudah itu, nescaya tidak akan habis kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.’’ (Luqman: 27)

Seseorang yang berusaha bersungguh-sungguh hendaklah bertawakal kepada Allah s.w.t. dengan berdoa agar segala usahanya membuahkan hasil yang baik. Kita mampu merancang yang terbaik dalam hidup namun perancangan Allah adalah yang terbaik mengatasi perancangan manusia. Bertawakal dengan maksud setelah berusaha bersungguh-sungguh dan berdoa, Allah akan perkenankan segala usaha tersebut. Firman Allah yang bermaksud: “Kemudian apabila kamu telah berazam (untuk berbuat sesuatu), maka bertawakal kepada Allah.” (Ali-Imran: 159)

Orang yang menuntut ilmu wajar mengetahui matlamat sebenar untuk menuntut ilmu dengan tidak mengharapkan ganjaran semata-mata, malahan mereka orang-orang yang layak menjadi khalifah di dunia ini dengan mengamalkan segala ilmu yang ada pada mereka.
»»  READMORE...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...